Welcome Guest
[Log In]
[Register]
| We hope you enjoy your visit. Selamat datang ke forum Kakimotodotcom atau lebih dikenali sebagai KMDC.You're currently viewing our forum as a guest. This means you are limited to certain areas of the board and there are some features you can't use. If you join our community, you'll be able to access member-only sections, and use many member-only features such as customizing your profile, sending personal messages, and voting in polls. Registration is simple, fast, and completely free.Daftarkan diri anda sekarang untuk mudah menikmati kemudahan kemudahan yang disediakan untuk ahli. Join our community! If you're already a member please log in to your account to access all of our features: |
| Peraturan Forum; Untuk panduan bersama | |
|---|---|
| Topic Started: Sep 28 2007, 05:12 PM (310 Views) | |
| thrasher115 | Sep 28 2007, 05:12 PM Post #1 |
![]()
Administrator
![]()
|
Tujuan laman forum kakimotodotcom(KMDC) ini dibangunkan antara lain adalah untuk mempertemukan peminat-peminat,penunggang penunggang motorsikal dan merapatkan penggiat penggiat 2 roda di sekitar borneo dan tempat-tempat lain melalui persada Internet. Ianya dibangunkan secara sukarela . Untuk itu, anda TIDAK seharusnya menyalahgunakan kemudahan-kemudahan yang diberikan ini. Segala kandungan, mesej, maklumat dan apa sahaja yang dihantar oleh individu adalah merupakan tanggungjawab individu berkenaan sendiri. Untuk itu, pihak KMDC tidak bertanggungjawab ke atasnya. Terdapat beberapa perkara penting/syarat-syarat yang perlu dipatuhi kepada sesiapa untuk menjadi ahli forum KMDC ini,sila baca peraturan di bawah sebelum anda menyertai KMDC :- 1.Keahlian. 1.1 Semua orang adalah dialu-alukan di sini. Forum ini bukan terhad keahliannya kepada pemilik motorsikal sahaja, ia juga merupakan ruangan untuk peminat motorsikal & peminat yang bersungguh-sungguh untuk berjumpa, berkongsi & merasa kegembiraan bersama. Ini kerana kita datang dari kepelbagaian cara kita membesar & gaya kehidupan maka forum ini dibuka kepada semua tanpa mengira daripada mana asal-usul mereka. 2. Penggunaan Bahasa. 2.1 Menggunakan Malaysia & English sebagai bahasa perantaraan rasmi di dalam website ini. Begitupan bahasa mengikut negeri, daerah, suku kaum juga dibenarkan bagi thread tertentu mengikut tempat & kesuaian anda dengan rakan yang anda hendak berbincang. Sekiranya perbincangan umum, sila gunakan bahasa yang difahami oleh semua. Oleh kerana sabah,sarawak,brunei dan Kalimantan Indonesia di dalam satu kawasan yang luas jadi terdapat berbagai bahasa sukuan dan daerah saya berharap agar forumer dapat menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh forumer lain seperti bahasa melayu atau bahasa malaysia..sekiranya ada menggunakan istilah bahasa sukuan dan tempatan harap terangkan maksudnya |
| |
![]() |
|
| thrasher115 | Mar 19 2008, 08:45 PM Post #2 |
![]()
Administrator
![]()
|
3. Tandatangan Dimestikan.(signature) 3.1 Meletakkan gambar wajah anda yang jelas adalah menjadi syarat dan KEUTAMAAN. Ini bagi mengelakkan daripada individu yang tidak bertanggungjawab yang tidak kita kenali daripada membuat posting yang tidak sepatutnya seperti penipuan, penganiayaan, penghinaan, menjatuhkan maruah rakan-rakan lain dsb. Ia juga membantu kita saling kenal-mengenali antara satu sama yang lain bila bertemu di luar forum. 4. Dilarang Mengiklan. Pengiklanan, penjual runcit, individu yang cuba mendapatkan pendapatan/keuntungan mereka dengan menawarkan produk ataupun servis kepada orang lain adalah DILARANG sama sekali membuat pengiklanan dan/atau menjual apa-apa produk tanpa kebenaran bertulis daripada Site Owner. Semua pengiklanan yang tidak sah atau tidak mengikut format yang ditetapkan akan dipadamkan tanpa notis. Sila hubungi Administrator kalau anda berminat menjadi sponsor website. 5. Posting. 5.1 Gambar bogel, lucah, melampau, perkataan kasar dll adalah SANGAT DILARANG. 5.2 Menarik perhatian dengan cara kasar, mengganggu, menghasut, menimbulkan kemarahan dsb; kami tidak akan bertolak-ansur dan post anda mungkin akan di-edit/delete tanpa sebarang notis peringatan. 5.3 Cuba mengambil kesempatan & tidak jujur. Dilarang mengambil kesempatan, mencuri hasil kerja & karya kawan-kawan kita. Kita berhubung dengan dunia permotoran dari setiap lapisan dan tidak akan bertolak-ansur terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab. 5.4 Dilarang membuat posting yang mendedahkan keburukan/mengaibkan/menjatuhkan kawan-kawan kita yang tidak kita sukai. 5.5 Gunakan Private Message (PM) sekiranya anda ingin bercakap secara langsung dengan rakan yang lain. Namun anda dilarang menggunakan PM untuk tujuan mengganggu/menghasut orang lain. 6. Penalti. Kegagalan mematuhi peraturan & syarat di atas akan digantung keahliannya selama 15 hari di mana anda tidak akan dibenarkan akses ke website ini sebagai user yang sah dan sekiranya perkara sama masih berulang lagi, keahlian anda akan digantung untuk jangka waktu yang lebih lama mengikut budi bicara Administrator. Akhir sekali, semoga anda gembira melayari KMDC. Anda akan berpeluang menemui rakan-rakan dari pelbagai peringkat usia, negara, daerah, bangsa, suku kaum & agama di sini. |
| |
![]() |
|
| thrasher115 | May 24 2008, 04:59 AM Post #3 |
![]()
Administrator
![]()
|
Di bawah, adalah larangan dan perkara yang membolehkan topik atau mesej anda dipadam atau dikunci : 1. Topik / Mesej yang dihantar bukan diruangan yang sepatutnya. Sebagai contoh, jika ahli inginkan pendapat berhubung masalah peribadi, topik / mesej tersebut sepatutnya di hantar ke ruangan Sembang Bimbingan & Kaunseling. Arahan : Sila ikut kategori topik / mesej 'yang sepatutnya' sebelum menghantar. 2. Topik / mesej berulang. Sebagai contoh, Topik sebelum ini : Tajuk - MARAH, Topik yang terkini : Tajuk - Kenapa Anda Marah (walaupun berlainan tajuk tetapi mempunyai maksud dan kandungan yang sama). Arahan : Sila semak dahulu sebelum kemukakan topik. 3. Topik / mesej merapu @ melalut @ diskusi kosong. Sebagai contoh : Tajuk - 'Rupa Korang macam mana ha?'. Bukankah topik / mesej tersebut seperti pertanyaan 'yang tak sepatutnya ditanya'. Ahli akan membalas dengan jawapan yang merapu yakni tiada isi atau sembang kosong. Arahan : Sila kemukakan tajuk yang bernas, padat dan berilmiah. Dapatkan balasan jawapan dari ahli dengan jawapan yang boleh membina personaliti diri. Jika ahli ingin tahu bagaimana rupa ahli-ahli KMDC, kalian boleh menghadirkan diri ketika perjumpaan (gathering) yang dianjurkan oleh KMDC. Bukannya kemukakan soalan terbuka di ruangan ini. 4. Topik / mesej yang berunsur seks atau 'double meaning'. Sebagai contoh, Tajuk - 'Antara cinta dan nafsu... apa ertinya'. Secara psikologi, penghantar jawapan akan membalas mesej dengan jawapan hasil dari imaginasi perempuan sebagai simbol seks. Arahan : Sila patuhi arahan yang telah termaktub ketika mendaftar sebagai pengguna KMDC. 5. Topik / mesej berunsur menghina orang @ memperbodoh-bodohkan @ memalukan orang lain. Sebagai contoh, Tajuk : 'Perempuan Samseng'. Walaupun ahli yang menghantar topik inginkan pendapat ahli lain berdasarkan petikan akhbar, tetapi, secara tidak langsung perbincangan tersebut boleh terpesong dengan menghina kaum perempuan. Perbincangan yang merendahkan martabat perempuan tidak sepatutnya dikemukakan. Arahan : Sila kemukakan topik / mesej yang tidak mengaibkan orang lain atau mempersendakan orang. 6. Topik / mesej berunsur pergaduhan @ menghasut @ membenci orang lain. Sebagai contoh, Tajuk - 'Aku benci ngan infobeat'. Topik ini, cuba menghasut ahli lain supaya membenci kepada 'si penama tersebut'. Arahan : Sila jaga ketenteraman ruangan Sembang2 ini, jangan timbulkan sebarang persengketaan hingga menyinggung dan mengganggu ahli lain. 7. Topik / mesej yang berunsur ugutan @ mencabar kewibawaan orang. Sebagai contoh, Tajuk : 'Lelaki !!! boleh tak jangan ganggu orang perempuan?'. Bila topik dikemukakan pelbagai jawapan yang diterima dan ini boleh menimbulkan ketegangan dalam perbincangan antara ahli. Penggunaan bahasa kesat mula digunakan oleh ahli yang akan merasa tidak puas hati. Arahan - Jangan menimbulkan sengketa dalam ruangan ini. Sila wujudkan komunikasi muhibbah antara ahli dan situasi ceria. Bila ini di lakukan ahli lama dan ahli baru akan merasa ruangan ini benar-benar bermanfaat untuk semua pihak |
| |
![]() |
|
| thrasher115 | May 24 2008, 05:00 AM Post #4 |
![]()
Administrator
![]()
|
8. Topik / mesej berunsur menghina agama @ bangsa lain. Arahan Kita semua berkongsi minat iaitu dalam dunia motorsikal,jangan sama sekali mengungkit perkara berunsur perkauman,menghina budaya,agama pihak lain. 9. Topik / mesej berunsur politik. Arahan - Sila patuhi undang-undang yang telah termaktub ketika mendaftar sebagai pengguna KMDC. 10. Topik / mesej dengan penggunaan bahasa tahap rendah. Sila wujudkan suasana bersesuaian dengan umur anda bukannya seperti budak baru belajar. Maaf sekiranya ada diantara ahli yang merasa tidak puas hati dengan peraturan dan tindakan tatatertib yang dilaksanakan. Tujuan utama KMDC bukannya untuk menghadkan idea atau pandangan ahlinya tetapi untuk mengelakkan sebarang sengketa bahasa yang boleh timbul melalui perasaan amarah dalam sanubari ahlinya. Walaupun mungkin ada ahli tidak/belum mengenali diantara satu sama lain secara bersemuka TETAPI, jika dendam dah tersemat, bila perjumpaan ahli diadakan, maka pergaduhan boleh wujud diketika itu. Walaupun anda kemukakan pendapat/pandangan yang membina, TETAPI perlu diingatkan tidak semua ahli yang sama berfikiran positif macam anda. Rambut sama hitam tetapi cara berfikir adalah lelain. Tidak semua manusia dijadikan sama ada yang baik dan ada yang jahat. Hanya kebijaksanaan dan kewajipan diri anda sahaja yang dapat mewujudkan suasana ilmiah dalam lingkungan forum ini. Harap semua forumer dapat berforum dengan matang dan bijak,terima kasih. These forums were set up as a place for Motorcycle owners and enthusiasts to come together to discuss all aspects of motorcycles. Have fun, post often and stay active! As the board grows, you'll be glad you did! Tunggang dengan selamat & pastikan tayar anda sentiasa berada di bawah[SIZE=7] |
| |
![]() |
|
| 1 user reading this topic (1 Guest and 0 Anonymous) | |
| « Previous Topic · KMDC Board Rules and Regulation · Next Topic » |
| Theme: Zeta Original | Track Topic · E-mail Topic |
8:53 AM Jan 7
|
Skin created by Valleri. Find more great skins at the ZB Theme Zone.






8:53 AM Jan 7