Welcome Guest
[Log In]
[Register]
| We hope you enjoy your visit. Selamat datang ke forum Kakimotodotcom atau lebih dikenali sebagai KMDC.You're currently viewing our forum as a guest. This means you are limited to certain areas of the board and there are some features you can't use. If you join our community, you'll be able to access member-only sections, and use many member-only features such as customizing your profile, sending personal messages, and voting in polls. Registration is simple, fast, and completely free.Daftarkan diri anda sekarang untuk mudah menikmati kemudahan kemudahan yang disediakan untuk ahli. Join our community! If you're already a member please log in to your account to access all of our features: |
| Kepentingan Lesen Memandu | |
| Topic Started: Oct 24 2007, 02:00 AM (1,729 Views) | |
| sasuka | Oct 24 2007, 02:00 AM Post #1 |
Soul Rider
Akta Pengangkutan Jalan 1987 (akta 333) di bawah seksyen 26(1) menegaskan : '.....tiada seorang pun boleh memandu sesuatu kenderaan motor daripada apa-apa kelas atau perihal,di sesuatu jalan melainkan jika dia adalah pemegang sesuatu lesen memandu yang dibenarkan.....' Ini bermakna pemandu di jalaraya mesti memiliki lesen memandu.Sekiranya pemandu tidak memiliki lesen memandu maka mereka melakukan kesalahan di bawah seksyen 26(2) yang menegaskan: '....mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda...' Sekadar peringatan kepada pembaca forumer kakimotodotcom.Mana tau ada rakan2,saudara mara,adik beradik dan sesiapa sahaja di antara kita yang belum ada lesen memandu adalah disarankan mengambil dan memiliki lesen memandu sebelum membawa sebarang jenis kenderaan di atas jalanraya :) Ini adalah sebagai 1 langkah untuk menghindarkan berlakunya malapetaka yang tidak di ingini di atas jalanraya. Beringat sebelum terkena...bilang orang tua2..." tidak kedapatan tidak salah,kedapatan baru salah" sekian terima kasih B) :P :D |
| thrasher115 | Oct 24 2007, 02:19 AM Post #2 |
Administrator
kalau tak silap bro kalau yang kena tangkap and dicharge di mahkamah denda boleh RM 1000 atau tiga bulan penjara dan tak boleh ambik lesen dalam setahun yelah..kalau eksiden tak ada lesen,,mati katak je tu,,,insuran tak ada cover punyalah... |
| sasuka | Oct 24 2007, 02:38 AM Post #3 |
Soul Rider
betul...bro thrasher,tapi kalau melibatkan kematian lagi la teruk...orang yang x de lesen pinjam motor atau kereta owner yang ada lesen pun boleh terheret sama ke mahkamah. kalau org yang x de lesen tu yang kena x apa tapi pemilik kenderaan pun kena sekali...biasanya ibubapa la yang kena sebab cuai melepaskan kenderaan mereka kepada anak2.Jangan hanya kerana melihat anak2,saudara mara atau adik beradik dan kekawan kita boleh bawa kenderaan seperti motorsikal atau kereta je kita bagi lepas macam tu. Bukan apa mereka x de lesen, kalau terlibat dalam kemalangan bukan kesalahan yang dorang lakukan pun tetap salah juga walaupun atas kesalahan orang lain =) pasal mereka belum layak untuk membawa kenderaan di atas mana2 jalanraya yang terdapat dalam malaysia nie.Pasal kes macam nie la selalu aku tengok terjadi di tempat aku...sebelum menyerahkan kenderaan baik tanya ada lesen atau tidak dahulu.Pasal x mau tengok ada yang merayu2 kepada pihak penguatkuasa pasal kecuaian kecil macam nie dalam masyarakat kita nanti. Lebih baik mencegah daripada merawat :D |
| TheJaCKaL | Oct 24 2007, 06:21 AM Post #4 |
West Coast Riders
betul cakap sasuka,aku setuju.Aku juga seorang pemegang lesen memandu yang sah.tak pernah ada masalah dgn pihak berkuasa,errr errr...cuma kenderaan aku je yg kekadang membawa masalah kepada pihak berkuasa...hehheh.... :ph43r: |
| sasuka | Oct 28 2007, 03:09 AM Post #5 |
Soul Rider
kenderaan x bawa masalah tapi flat nombor pendaftaran berunai tu kot bawa masalah...kikikikik :P ![]() |
| thrasher115 | Oct 28 2007, 07:24 PM Post #6 |
Administrator
bro jackal..sekadar nak tumpang tanya kalau di brunei...penunggang dari malaysia ada masalah ke kalau ditahan?maksudnya lesen kalau expired diorang saman jugak ker? sebab saya tak pernah ditahan oleh polis brunei dan tak tahu jugak undang undang kat sana..anyway bro jackal bukak satu thread baru dlm ni and infokan tentang undang undang jalan raya kat Brunei ..yalah..sarawak,sabah dan labuan memang kalau kita nak pergi ke satu satu daerah..terpaksa jugak lalu kat brunei... mesti le nak tau jugak undang undang kat sana... |
| sasuka | Oct 30 2007, 02:08 AM Post #7 |
Soul Rider
betul nak tau juga undang2 kat berunai nie ...kalau ada member kalimantan pun leh la bagi detail undang2 kat sana senang nak ride satu borneo nanti :P |
| TheJaCKaL | Nov 2 2007, 07:31 AM Post #8 |
West Coast Riders
tak yah la bukak thread baru,kat sini pun dah cukup saya explain. Asalkan lesen memandu anda sah dan road tax motor anda hidup,anda tak akan ada apa2 masalah di brunei. kebanyakan bikers di brunei ialah pihak polis sendiri.saya dah tempuh banyak road block...errr..2 kot...ntah lah lupa lak,naik mito saya tu, pertama kena tahan sebab dorang tak percaya yg moto tu 125,kedua kena tahan sebab plet lesen saya BED. Kenapa simpan abjad lebih katanya? Brunei Reg kan B jugak tapi sampai ke hari ni baru BW je. Saya kata lah,moto malaysia enchik...Dia bilang bah,jalan tah....So,kesimpulan nya,polis brunei tak kacau langsung sama bikers.Satu perkara lagi,most of the bikers sini ialah either Pengiran,anak pengiran,bapak dia kenal pengiran,pengiran tu bapak dia punya sepupu,sepupu belah tiri dia pengiran,besok dia dpt pangkat pengiran,dia nak kawin sama pengiran,awek dia bau bau bacang dgn pengiran dan melalut lalut lagi lah.Title pengiran saja sudah cukup untuk melepaskan anda dari di tahan polis. hah apa lagi..meh lah jenjalan brunei..tapi saya dah nak meninggalkan brunei la pulak.. :o |
| thrasher115 | Nov 13 2007, 11:30 PM Post #9 |
Administrator
hahaha penjelasan yang sungguh fantastic aku pun dulu selalu gak ke brunei ke gadong ngan member dari belait..bila ada road block memang tak pernah kena tahan.... pasal plet motor tu lawak gak hehehe tak pernah tengok plet selangor agaknya brader polis tu..takjub agaknya :) :) |
| jintaloon | Nov 20 2007, 05:01 PM Post #10 |
banar tu liaw, hehehehhehehe. rasanya kita dua tu yg lepas segala road block.. angat tangan anguk2 geleng.. lepas.. hahahah Ingat sekali kita sesat di gadong nak cari jalan ke limbang kuala lurah. hehehhee :D :P :lol: |
| 1 user reading this topic (1 Guest and 0 Anonymous) | |
| « Previous Topic · Law and Enforcement · Next Topic » |
| Theme: Zeta Original | Track Topic · E-mail Topic |
2:52 PM Jan 7
Skin created by Valleri. Find more great skins at the ZB Theme Zone.
2:52 PM Jan 7