| Welcome to the KMDC Bikers Forum!An Online Coummunity For The Borneo Motorcycle Enthusiast. You are currently viewing our boards as a guest which gives you limited access to view most discussions, articles and access our other FREE features. By joining our free community you will have access to post topics, private message other members (PM), respond to polls, upload your own photos,and access many other special features. Registration is fast, simple and absolutely free so please, join our community today! Join our community! If you're already a member please log in to your account to access all of our features: |
| Mari Ketawa; kasi release itu tension.... | |
|---|---|
| Topic Started: Jan 25 2008, 10:45 PM (5,424 Views) | |
| geronggang | Feb 9 2009, 06:20 PM Post #241 |
![]()
|
woh sudah blajar azan subuh ya??? azan2 lain teda blajar ya??? ngeh ngeh ngeh... apo2 pon welkam to da club, eh blum buli lg hahahah tgu terbit dluan ahahaha
|
![]() |
|
| cikgu_ameiruel | Feb 13 2009, 11:56 PM Post #242 |
![]()
|
TEKA-TEKI YANG PERLU DIBERI PENAMPAR !!!... 1) LUBANG APA YANG RASANYA HANGAT,NIKMAT DAN NYAMAN? ANSWER: LUBANGUN PAGI2, TARIK SELIMUT PAS TU TIDO BALIK. 2) MINYAK APA YANG DISUKAI OLEH LELAKI? ANSWER: MINYAKSIKAN PERTANDINGAN BOLASEPAK LIGA-M 3) KUIH APA YANG BUNGKUSNYA DI DALAM, ISINYA DI LUAR? ANSWER: KUIH SALAH BIKIN. 4) BINATANG APA YANG POWER DLM BAB BERKARATE? ANSWER: KUDA BELANG.CUBA KIRA BRAPA BLACK BELT DIA ADA. 5) SIAPA YANG MENEMUKAN DOMPET KULIT? ANSWER: YANG MENEMUKAN DOMPET KULIT TERSEBUT TOLONG PULANGKAN KEPADA SAYA. 7) PINTU APA YANG WALAUPUN DENGAN 10 ORG PUN TAK LEH NAK TOLAK? ANSWER: PINTU YANG ADA TULIS 'TARIK' 8 ) SAYA ADA 3 KEPALA,4 TANGAN DAN 5 KAKI...SIAPAKAH SAYA? ANSWER: PEMBOHONG... 9) APA DIA 'JAUH DI MATA, DEKAT DI HATI'? ANSWER: USUS 10) BINATANG APA YANG SELURUH ANGGOTA TUBUHNYA KAT KEPALA? ANSWER: KUTU RAMBUT |
![]() |
|
| cikgu_ameiruel | Feb 13 2009, 11:57 PM Post #243 |
![]()
|
Ayam Panggang Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata.."Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik." Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya." Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak. "Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau." Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut... |
![]() |
|
| cikgu_ameiruel | Feb 13 2009, 11:59 PM Post #244 |
![]()
|
Tajuk : NAJIS BESAR Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri satu majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia. Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali. Aku pun ikut sama. Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih. Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 juga ktok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar….. Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab “lima”. Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi. Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut. Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu…bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluk jantan keluar kat dahi….tok kadi mula senyum… Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar ‘anjing ngan babi la hoi’, tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar. Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada di sekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata. Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besarkat pengantin tu keadaan senyap sunyi….tapi bila pengantin tu jawap “Taik Gajah” suasana jadik hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana …taik gajah… besar betul..nak2 bila gajah makan durian. Lawak hari ini 2 Tajuk : JURUJUAL YANG MALANG Seorang penjual 'vacum cleaner' menuju ke sebuah rumah. Diketuknya pintu depan. Belum sempat wanita tuan rumah itu berkata sepatah pun, dia menghamburkan segala macam kotoran ke karpet ruang tamu. "Puan, saya yakin akan kemampuan mesin ini. Karpet ini akan bersih kembali dalam sekelip mata. Jika nanti masih ada kotoran yang tertinggal, saya bersedia memakannya," kata jurujual dengan penuh yakin. "Kalau begitu," kata wanita tersebut, "Mulailah makan. Rumah kami belum ada eletrik." |
![]() |
|
| cikgu_ameiruel | Feb 14 2009, 12:01 AM Post #245 |
![]()
|
Lawak santai 1 : Menu Restoran Itali Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal. Dia sendiri pun belum pernah masuk sebelum ini.. tapi demi mengambil hati teman wanitanya.. ia memberanikan diri untuk makan di restoran itu... Setelah mereka duduk dan memakan anggur yang disajikan.. si lelaki mengambil menu... kerana bingung melihat nama-nama aneh masakan Itali.. dia memilih sembarangan... "Waiter.. bawakan kami makanan Giuseppe Spomdalucci untuk 2 orang" kata lelaki tadi.. "Maaf.. encik" jawab waiter "Itu nama pemilik restoran ini" _________________________ Lawak santai 2 : Keretapi express Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan perjalanan ke pertandingan Kriket Dunia di England dengan menggunakan keretapi. Di stesen keretapi lelaki-lelaki Pakistan telah membeli satu tiket setiap seorang, tetapi tiga lelaki India hanya membeli 1 tiket sahaja untuk mereka bertiga. "Macam mana kamu bertiga nak naik keretapi sedangkan kamu beli hanya satu tiket?" tanya salah seorang lelaki Pakistan. "Lihat dan belajar", kata salah seorang lelaki India. Mereka semua pun menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk di kerusi yang telah di tetapkan sedangkan ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak masuk ke dalam sebuah tandas dan menutup pintu tandas tersebut. Seketika selepas keretapi bertolak, konduktor keretapi pun datang untuk memungut tiket. Dia mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket". Pintu tandas di buka sedikit sahaja, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket kepada kunduktor. Konduktor mengambil tiket tersebut dan berlalu. Ketiga-tiga lelaki Pakistan melihat perlakuan tersebut dan bersetuju bahawa idea lelaki-lelaki India itu memang bijak. Jadi selapas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki India tersebut dan dapat menjimatkan wang. Bila mereka tiba di stesen keretapi mereka hanya membeli 1 tiket sahaja, tetapi yang memeranjatkan mereka lelaki-lelakiIndia langsung tidak membeli tiket!!! "Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan dengan keretapi jika kamu tidak membeli tiket?" tanya salah seorang lelaki Pakistan. "Lihat dan belajar", jawap lelaki India. Bila mereka menaiki keretapi ketiga-tiga lelaki Pakistan bersesak di dalam sebuah tandas kemudian lelaki-lelaki India pula mengambil giliran bersesak di dalam sebuah tandas lain yang berhampiran. Keretapi pun bergerak memulakan perjalanan. Seketika kemudian seorang dari lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju ke tandas dimana lelaki Pakistan sedang bersembunyi. Lelaki India tersebut mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket". Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Lelaki India tanpa berlengah mengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas tempat di mana kawan-kawannya sedang menunggu. Hehehee... |
![]() |
|
| ollie | Feb 14 2009, 02:03 AM Post #246 |
|
Rider of the lost world
![]()
|
fuhhh....banyaknya lawak sifu.....tak tekejor yop...huhuh |
![]() |
|
| 1 user reading this topic (1 Guest and 0 Anonymous) | |
| « Previous Topic · Mari ketawa · Next Topic » |
| Theme: Zeta Original | Track Topic · E-mail Topic |
5:15 PM Mar 22
|







5:15 PM Mar 22