Welcome Guest
[Log In]
[Register]
| We hope you enjoy your visit. Selamat datang ke forum Kakimotodotcom atau lebih dikenali sebagai KMDC.You're currently viewing our forum as a guest. This means you are limited to certain areas of the board and there are some features you can't use. If you join our community, you'll be able to access member-only sections, and use many member-only features such as customizing your profile, sending personal messages, and voting in polls. Registration is simple, fast, and completely free.Daftarkan diri anda sekarang untuk mudah menikmati kemudahan kemudahan yang disediakan untuk ahli. Join our community! If you're already a member please log in to your account to access all of our features: |
| Helmet anda; Antara keperluan,keselamatan dan gaya | |
|---|---|
| Topic Started: Apr 24 2008, 10:40 PM (409 Views) | |
| thrasher115 | Apr 24 2008, 10:40 PM Post #1 |
![]()
Administrator
![]()
|
Terdapat pelbagai aksesori pemakaian permotoran yang direka dan penting untuk keselamatan diri anda semasa menunggang motosikal,baik jacket jeans atau jacket kulit,sarung tangan,knee slider,kasut boot yang tebal keras,tetapi semua itu kurang penting dan tidak dapat menandingi kepentingan alat keselamatan penunggang yang utama iaitu helmet.Sebahagian Negara dan tempat di dunia ini,penggunaan helmet di jalanraya adalah tidak wajib seperti di Negara kita Malaysia bahkan ada Negara yang endah tidak endah rakyatnya menggunakan helmet atau tidak.Mungkin 90 % di antara pembaca yang membaca artikel ini mmenggeleng kepala melihat ramai orang yang tidak menggunakan helmet semasa menunggang atau membonceng motorsikal,bahkan ada antara mereka yang tidak menggunakan helmet ini juga mungkin memberi pelbagai alasan kenapa dan sebab mereka tidak menggunakannya. Antara alasannya seperti,tidak mampu untuk membeli helmet,ada juga yang sebenarnya tidak sedar akan risiko tidak mengunakannya,ada yang tidak menggunakan helmet atas alasan freedom atau kebebasan,mungkin kerana pengaruh cerita dari barat yang mana riders tersebut menunggang chopper dengan rambut panjang yang diterbangkan angin,ada juga yang menyatakan pendapat menggunakan helmet lebih mendatangkan keburukan dari kebaikan ,ada yang mengatakan tidak biasa menggunakan helmet dan ada yang berlagak samseng tidak mengunakan helmet oleh kerana merasakan dirinya sudah cukup kuat dan gagah serta kebal. Dengan alasan-alasan yang diberikan,jadi mengapa anda fikir anda tidak atau harus mengunakannya?? Kajian telah menunjukkan yang helmet yang digunakan oleh penunggang atau pembonceng motosikal bukan sahaja menyelamatkan nyawa tetapi dengan drastiknya telah mengurangkan apa-apa jenis kecederaan kepada penunggang,baik kecederaan ke atas muka,kepala ataupun tengkuk.Ada satu frasa daripada sesetengah penunggang : “kalau sudah ditimpa kemalangan baru tahu fungsi helmet itu bagaimana dan impak maksimanya” Impak maksima tu saya pinjam dari tajuk cerita je heheh untuk menambahkan best artikel ini hehe.Mungin kenyataan itu berbunyi agak biasa tetapi menyedihkan kerana sikap mereka yang “acuh tak acuh” kerana “malang tak berbau”..saya mungkin seperti karam singh walia bila memberikan peribahasa tersebut tetapi peribahasa tersebut memang sesuai dengan kenyataan kenyatan yang diberi oleh penunggang-penunggang seperti ini.Baik kemalangan yang terjadi besar atau kecil,penggunaan helmet amatlah penting,walaupun destinasi yang kita tujui adalah berdekatan sahaja .Jika kita melihat suasana persekitaran kita di sabah dan Sarawak ini,terutama di luar Bandar,terlalu ramai orang yangtidak menggunakan helmet terutama di jalan-jalan kampung ,bahkan di kampung-kampung yang di tepi jalan raya utama di mana kenderaan besar besar seperti lori kontena dan bas ekspres bergerak,mereka juga tidak mengunakan helmet.Melalui pengalaman saya dari miri ke Kuching melalui bas ekspres malam,ada mereka yang menggunakan motosikal pada waktu malam ini bukan sahaja tidak berhelmet,malahn lampu motosikal pun tidak dipasang.Teringat saya sekitar berbelas tahun yang lepas,kawan saya yang menunggu keputusan SPM telah meninggal dunia dalam kemalangan kerana tidak berhelmet,destinasinya hanya membeli cucur pisang di kampong.Jadi gunakanlah helmet. |
| |
![]() |
|
| thrasher115 | Apr 24 2008, 10:42 PM Post #2 |
![]()
Administrator
![]()
|
Harus diingatkan juga helmet yang kita gunakan itu sepatutnya kita tahu tahap keselamatannya,atau dengan kata lain,bila dah jatuh dari motor baru kita tahu keberkesanannya atau sebaliknya.Mungkin ada helmet yang kelihatan cantik,teguh dan tegap tetapi tidak terjamin keselamatannya dan begitu juga sebaliknya. . Helmet direka untuk melindungi bahagian kepala dan tengkuk(pada kadar minimum) dari perlanggaran atau dalam bahasa Indonesia pentabrakan,serta mengelakkan juga kadar kesan keretakan.Walaupun helmet direka dengan pelbagai rupa dan reka bentuk,secara umumnya tujuan helmet digunakan aalah semuanya sama,bagaimana helmet itu melindungi anda,itu bergantung kepada rupa dan bentuk helmet tersebut. Helmet yang tersedia di pasaran datang dengan pelbagai jenis bersesuaian dengan citarasa anda dan bagaimana keinginan anda untuk memenuhi tahap keselamatan penunggangan anda.Nama atau jenis helmet mungkin dapat memberikan anda sekilas pandang bagaimana perlindungan and tahap keselamatan yang boleh dijamin di samping rekabentuk helmet itu sendiri yang mungkin nampak meyakinkan atau sebaliknya.Di senaraikan di bawah jenis jenis helmet dan pro serta kontranya penggunaan helmet helmet tersebut. Beanie/Puddin Bowl: ![]() Positif : Melindungi bahagian atas kepala.Perlindungan dengan kadar yang agak minimum,seakan akan tidak menggunakan helmet langsung.Amat mudah untuk memakai dan menanggalkannya dan helmet ini mudah disimpan di dalm mana mana tempat.Apabila digunakan helmet ini tidak menghalang penglihatan penggunanya. Dari sisi ke sisi oleh kerana bentuk dan saiznya yang hanya tertumpu pada bahagian atas kepala sahaja,bahkan pendengaran pemakai helmet ini juga tidak terhalang.Pada kebiasaannya helmet jenis ini adalah jenis helmet yang termurah boleh didapati di pasaran.Pengguna helmet ini lebih kepada pengguna motorsikal jenis cruiser dan riderrider yang rebel.. Negatif : Bunyi exos yang erlalu kkuat boleh merosakkan pendengaran anda, memandangkan helmet ini tidak mempunyai bahagian sisi telinga.Bahkan helmet ini tidak melindungi bahagian lain kepala kecuali bahagian atas kepala pemakainya.Bahkan juga dalam situasi melindungi daripadahujan,angina,serangga,batu,kotoran ,debu dan kesejukan.Di Malaysia helmet seperti ini yang dibuat pengilang persendirian atau diimport tidak mempunyai lambang sirim yang mana lambang sirim ini menjamin keselamatan penggunanya,sekiranya ada pun lambing sirim kebarangkalian ,lambang sirim itu adalah palsu.Ada juga komen dari orang lain yang mengatakn,lebih baik tak pakai helmet langsung bila melihat ada penunggang yang memakai helmet jenis ini.Sekiranya dalam kemalangan anda mampu mengawal kepala anda dengan mengatur posisi kepala anda tidak terkena jalan raya,maka helmet jenis ini adalah untk anda.. :P |
| |
![]() |
|
| thrasher115 | Apr 24 2008, 10:50 PM Post #3 |
![]()
Administrator
![]()
|
Half Helmet: ![]() ![]() Positif : Melindungi bahagian atas kepala,termasuk bahagian telinga(Ada jenis yang melindungi telinga hingga k etengkuk)Kadar perlindungan melebihi sedikit berbanding helmet mangkuk oleh kerana helmet ini ada juga melindungi bahagian telinga..Pemakaiannya amat mudah ,dan helmet ini mudah disimpan di dalm mana mana tempat.helmet ini direka untuk tidak menghalang penglihatan penggunanya.dari sisi ke sisi. bahkan pendengaran pemakai helmet ini juga tidak terhalang.Pada kebiasaannya helmet jenis ini adalah lebih murah dari helmet ¾ ataupun helmet full face.. Negatif : Bunyi exos yang erlalu kkuat boleh merosakkan pendengaran anda, memandangkan helmet ini tidak menutup bahagian sisi telinga.(Sesetengahnya hanya mempunyai pelapik PVC atau kulit).Dalam situasi melindungi daripada hujan, angin, serangga,batu,kotoran ,debu dan kesejukan.Bahkan tidak mempunyai tahap keselamatan yang mencukupi untuk melindungi bahagian muka dagu, gigi, mulut, hidung , tengkuk , dan mata apabila dalam keadaan yang memerlukan. ¾ or Open-Face Helmet: ![]() ![]() Helmet ¾ (3 suku ) bukanlah digunakan oeh orang 3 suku tapi berbentuk 3 suku saiznya :P Positif : Kadar perlindungan helmet ini adalah lebih baik dari helmet half kerana lebih melindungi kepala,tengkuk,telinga dan mata.Tahap keselamatan helmet ini adalah yang ketiga terbaik selepas helmet full face dan flip up.JIka di bandingkan dengan helmet full face,amat sukar jika penggunanya membuka helmet lebih lebih lagi kalau nak minum,ambik gambar (lynn pakai full face pun ambik gambar hehe :P),nak makan dan bagi golongan yang merokok memng susah bila memakai full face.Berbanding helmet 3 suku ni yang hanya perlu diangkat bahagian visor/face shieldnya.Agak mudah dan convenience.Pandangan sisi ke sisi juga amat jelas.Harganya biasa lebih murah dari harga helmet full face.Dengan adanya visor,pemakainya dapat mengelak daripada muka terkena habuk,debu,serangga dan hujan. Negatif : Menghalang bunyi dari luar,bukannya tidak mendengar langsung tapi kurang kedengaran.Andaikata ada bunyi hon atau orang menjerit meminta tolong..! Tolong ! Tolong !..Sekiranya berlaku kemalangan,helmet jenis ini ,kadar tahap keselamatannya tidak menjamin dapat mengelak kecederaan pada kawasan muka,dagu ,gigi dan kawasan sekitarnya.Walaupun ada visor yang dapat mengelak daripada muka terkena habuk, debu,serangga dan hujan,masih ada juga bahagian muka yang mungkin terkena oleh kerana visor ini tidak melitupi bahagian keseluruhan muka.. |
| |
![]() |
|
| thrasher115 | Apr 24 2008, 10:53 PM Post #4 |
![]()
Administrator
![]()
|
Full face helmet: ![]() Positif : Melindungi keseluruhan bahagiam kepala,muka,dagu,tengkuk.Memberikan keselamatan yang extra berbanding helmet helmet lain.Melindungi pemakainya dari terkena panas,hujan,angina,debu,serangga dan pelbagai termasuk juga kesejukan Negatif : Menghalang bunyi dari luar,bukannya tidak mendengar langsung tapi kurang kedengaran.Bagi yang merokok agak sukar jadi terpaksa buka helmet jika berhenti sekejap di tepi jalan bahkan kalaunak minum pun bukak helmet.Antara jenis jenis helmet,helmet full face ini adalah helmet yang termahal jika dibandingkan dengan helmet open face,3 suku dan half helmet.Harganya boleh mencecah ribuan ringgit.Ada juga yang mungkin dalam lingkungan ratusan ringgit,jika dibandingkan kualitilah..Helemet full face bersaiz XXXL yang saya pernah lihat berharga sekitar 1000 hingga 1200 RM di plaza pertama… Flip-Up helmet: ![]() Positif : Perlindungannya hampeir menyamai helmet full face Cuma helmet flip up ini boleh dibuka bahagian bawahnya ke atas dan memudahkan kaki rokok nak merokok atau bercakap pada member sebelah motor. Negatives: Walaupun perlindungannya seperti menggunakan helmet full face namun ada satu kelemahan helmet ini,jika penggunanya mengalami kemalangan dan impak ke bahagian bawah helmet,ia boleh menyebabkan kecederaaan kerana berbanding helmet full face ,bahagian bawah helmet ini boleh di flip ke atas.Helmet seperti ini masih baru bentuknya di pasaran dan mungkin dalam sedikit masa lagi akan di baikpulih dan di atasi kelemahan kelemahan yang sedia ada. |
| |
![]() |
|
| thrasher115 | Apr 24 2008, 10:55 PM Post #5 |
![]()
Administrator
![]()
|
Terdapat juga pelbagai jenis helmet seperti helmet motocross dan lain lain lagi yang digunakan mengikut citarasa dan kepelbagaian motosikal yang ditunggang oleh pengguna motorsikal.Namun yang pentingnya helmet yang digunakan oleh kita seharusnya mempunyai sijil keselamatan yang dikeluarkan oleh kerajaan,seperti sirim yang telah menetapkan tahap helmet tersebut yang telah dibuat kajiandan penyelidikan sebelumnya.Jika helmet yang diimport terutama dari amerika,kebiasaannya akan mempunyai sticker atau label DOT (Department of Transportation) ataupun SNELL iaitu sebuah badan bebas yang mempunyai badan penyelidikan ,mereka yang tersendiri. Sesetengah penunggang motorsikal di Negara kita tidak mengendahkan penggunaan helmet yang mereka gunakan,dengan kata lain lebih mementingkan gaya atau ikut ikutan atau ada yang tak kisah.Mementingkan gaya?? Lihat remaja yang menggunakan helmet softball untuk naik motor terutama skuter,helmet softball bukanlah untuk naik motor,cengkerangnya amatlah nipis. Begitu juga dengan remaja remaja yang menggunakan helmet Apollo..(helmet ni gelaran untuk helmet apek berjenama Apollo kalau di Kuching lah)helemet ni kualitinya amat rendah dan pemakainya akan kelihatanfit fit dengan pemakai,jika di semenanjung golongan mat rempit yang selalu menggunakan helmet seperti ini dan budaya pemakai an helmet ini ada dibawa ke Sarawak spt di kuching dan miri(dari pemerhatian saya) oleh bikers bikers yang kebanyakkanya bekerja sebagai askar dsb yang mungkin di tempat asalnya pemakaian helmet seperti ini adalah satu gaya remaja yang membawa motor.Lain padang lain belalang.Gaya seperti itu mungkin jadi ikutan di satu tempat dan mungkin bukan di tempat lain.Mungkin kerana gayanya atau tahap keselamatannya. ![]() saya bukan kambing nama saya ken...embeekk |
| |
![]() |
|
| rick13 | Apr 24 2008, 11:08 PM Post #6 |
|
Kapcai Rider
![]()
|
klu kita beli moto baru, apollo ni la yg di bagi percuma.. sekarang femes lak..time aku dulu kami buat boling ja lemet nih... |
![]() Riding alone is fine, but riding with friends can be better | |
![]() |
|
| hammer69 | Apr 25 2008, 12:09 PM Post #7 |
![]()
|
rick, ade gambar 'Apollo' helmet nih kah??? Tak tau la. Kalo nampak gambar mungkin pernah nampak la.
|
| |
![]() |
|
| TheJaCKaL | Apr 25 2008, 12:09 PM Post #8 |
|
West Coast Riders
![]()
|
berapa harga kepala anda? anda lah yg menentukan nya.(tak kan la rm50 kot) |
| |
![]() |
|
| vodafone'17 | Apr 26 2008, 04:46 AM Post #9 |
![]()
West Coast Rider
![]()
|
harga kepala x ternilai jack.... huhuhuhu.... |
| |
![]() |
|
| TheJaCKaL | Apr 26 2008, 12:01 PM Post #10 |
|
West Coast Riders
![]()
|
dah tahu tak ternilai kalu, sambar la arai ram111 baru satu bang...hehheehe....
|
| |
![]() |
|
| vodafone'17 | Apr 27 2008, 03:51 AM Post #11 |
![]()
West Coast Rider
![]()
|
Poket tak kuat bang nak sambar menda tu. Tgu rezeki keja kat sana baru dapat kot...
|
| |
![]() |
|
| rick13 | Apr 28 2008, 12:28 AM Post #12 |
|
Kapcai Rider
![]()
|
sori bro..teda dalam simpanan..dan xkan mungkin ada hehe
|
![]() Riding alone is fine, but riding with friends can be better | |
![]() |
|
| TheJaCKaL | Apr 28 2008, 10:33 AM Post #13 |
|
West Coast Riders
![]()
|
ye ke?...kalau dapat nanti jgn tak dtg lak, huduh pulak nama hamba karang, keskeskes...
|
| |
![]() |
|
| rick13 | Apr 29 2008, 05:59 PM Post #14 |
|
Kapcai Rider
![]()
|
wuinaa voda...datang jgn tak datang datang jgn tak datang datang jgn tak datang datang jgn tak datangdatang jgn tak datang |
![]() Riding alone is fine, but riding with friends can be better | |
![]() |
|
| bonsai05 | Apr 29 2008, 06:58 PM Post #15 |
![]()
|
apa lagi voda... teruskan perjuangan..jgn lepaskan |
..ONE LOVE!!
| |
![]() |
|
| 1 user reading this topic (1 Guest and 0 Anonymous) | |
| Go to Next Page | |
| « Previous Topic · Bincang-bincang Dunia Motosikal · Next Topic » |
| Theme: Zeta Original | Track Topic · E-mail Topic |
2:08 AM Oct 12
|
Skin created by Valleri. Find more great skins at the ZB Theme Zone.




















..ONE LOVE!!
2:08 AM Oct 12