Welcome Guest
[Log In]
[Register]
| We hope you enjoy your visit. Selamat datang ke forum Kakimotodotcom atau lebih dikenali sebagai KMDC.You're currently viewing our forum as a guest. This means you are limited to certain areas of the board and there are some features you can't use. If you join our community, you'll be able to access member-only sections, and use many member-only features such as customizing your profile, sending personal messages, and voting in polls. Registration is simple, fast, and completely free.Daftarkan diri anda sekarang untuk mudah menikmati kemudahan kemudahan yang disediakan untuk ahli. Join our community! If you're already a member please log in to your account to access all of our features: |
| Persefahaman,perpaduan bersama; Make peace No war... | |
|---|---|
| Topic Started: Jun 19 2008, 08:44 PM (84 Views) | |
| thrasher115 | Jun 19 2008, 08:44 PM Post #1 |
![]()
Administrator
![]()
|
Tujuan KMDC diwujudkan adalah untuk membentuk kesefahaman dan perpaduan bersama antara semua penunggang,pemilik,dan peminat motorsikal di Borneo khususnya dan di Malaysia serta daerah berjiranan umumnya.Sudah begitu banyak kelab motosikal dan forum bermotosikal yang menyajikan pelbagai jenis motosikal serta keahlian dari Negara atau komuniti yang tertentu. KMDC diharapkan dapat menyatu padukan keseluruhan komuniti bermotosikal ini dibawah satu komuniti tanpa mengira saiz,jenis,keupayaan motorsikal ahli ahlinya berdasarkan motto dari Malaysian Bikers Community “We’re not just Bikers,We’re Brothers”.Tidak ada istilah melabelkan KMDC ini untuk satu golongan atau jenis motosikal sahaja.KMDC adalah untuk semua.Dari anda dan untuk anda. Dalam apa-apa situasi dan dari masa ke semasa,mungkin akan ada wujud dan timbul istilah salah faham dan ketidakserasian antara ahli,itu sudah menjadi asam garam kehidupan manusia oleh kerana masing-masing kita mempunyai sikap,pendirian dan pemahaman yang berbeza terhadap sesuatu. Namun di atas dasar persahabatan dan persamaan,diharapkan agar situasi yang tidak menyenangkan itu dapat diselesaikan dengan mudah dan tenang serta mengikut dasar kematangan masing-masing. Perpecahan sesuatu komuniti sama ada dalam bentuk parti politik,pertubuhan,kelab sosial dan apa jenis komuniti sekalipun bermula dari satu perkara yang remeh temeh yang tidak diendahkan oleh ahli ahlinya,ibarat satu retak yang kecil pada bangunan yang tegap..jika dibiarkan lambat laun akan menjadi besar dan boleh menyebabkan runtuh. KMDC ditubuhkan bukan untuk saya sahaja dan bukan juga terbentuk menjadi seperti apa yang ada pada hari ini oleh kerana usaha saya sahaja,tetapi oleh juga anda semua yang telah bersama-sama menjayakan dan terus menerus menyokong dan aktif dalam pertemuan maya secara online di dalam forum ini dan malahan juga terlibat dengan aktiviti luaran seperti berjumpa di kedai kopi,bbq ,berkonvoi dan sebagainya.Ibarat seperti bayi yang baru belajar bertatih dan ingin mahu berjalan,KMDC belum lagi berumur setahun jagung .Banyak yang perlu dipelajari dan diterokai.Janganlah bayi yang baru belajar bertatih ramai yang menghalangnya berjalan jadi sampai bila dia akan mampu berjalan. Persefahaman dan keserasian anda bersama mewujudkan suasana yang mesra dan akrab di ruangan maya ini dan di luar.Sekiranya pihak pengurusan KMDC mempunyai kekurangan,harap dapat memberi teguran dan nasihat melalui saluran yang telah disediakan.Menimbulkan satu perkara yang tidak disenangi memang tidak disukai oleh semua orang. Untuk menyelesaikannya,amatlah sukar kerana keputusan yang dibuat mungkin tidak akan disukai oleh pihak yang lain,dengan itu lebih baik menghindarkan dari menimbulkan masalah itu.Garis panduan serta apa yang perlu diikuti telah tersedia,perumpamaannya seperti lampu hijau,kuning dan merah.Setiap warna ada maksudnya.Jika pada lampu merah anda masih terus berjalan,anda memang tahu akibatnya. Anda boleh disamanoleh pegawai polis bahkan boleh terlibat dengan kemalangan.Jadi ikutilah arahnnya berhenti pada lampu merah. Namun begitu Lebih baik menghindari dari melakukannya.seperti apa-apa penyakit,lebik baik mencegah daripada mengubatinya. Seperti juga garis panduan yang telah ditetapkan di dalam ruangan KMDC ini,ianya adalah sebagai garis panduan bersama,anda tidak akan disaman di mahkamah atau ditahan di lokap atau ditahan di simpang renggam bahkan juga tidak akan dibuang daerah jika tidak mengikuti garis panduannya tapi sebaiknya lebih baik mengikuti bersama.Tidak ada ruginya. Dalam situasi ini mungkin ada yang membandingkan KMDC dengan ruangan forum maya lain yang agak lebih pada sesuatu dari KMDC dan mungkin pada ruangan tersebut mudah lagi menyenangkan.Namun seperti pepatah lama yang dimodenkan“Masuk kandang kambing,mengembek..masuk kandang harimau,anda mungkin dimakan harimau” :P Anda semua sebagai forumer yang telah matang dari segi usia,adalah diharapkan pemahaman terhadap sesuatu yang mudah seperti garis panduan di dalam sesuatu komuniti tertentu itu mudah difahai dan direalisasi bersama.Janganlah bila ditegur ,kita terus melenting atau protes baik dengan nada sinisme atau sarkasmeatau dengan apa bentuk protes yang sebenarnya merugikan ,hingga mencetuskan polemic dan perdebatan yang berpanjangan dengan isu yang remeh temeh yang boleh menggoyangkan institusi dan pertubuhan.Banyak lagi perkara yang penting dan utama yang boleh kita bincangkan daripada menyelesaikan sesuatu yang membuang masa . Seperti pepatah Melayu “bersatu kita teguh,bercerai kita roboh”menunjukkan betapa pentingnya perpaduan di dalam sesuatu komuniti.Di dalam KMDC,semua ahli adalah penting,bukan hanya Admin,Moderator,Founding Member,Premium member.tetapi semua ahli ,baik ahli lama atau baru.Motorsikal kecil atau besar.Ada mempunyai kelab ataupun tidak.Semuanya menyumbang sesuatu kepada pertubuhan itu baik secara langsung atau tidak langsung. sesuatu yang remeh temeh janganlah dipanjang panjangkan dan dijadikan isu berpanjangan.... United we stand,Together we ride Edited by thrasher115, Jun 19 2008, 11:50 PM.
|
| |
![]() |
|
| 1 user reading this topic (1 Guest and 0 Anonymous) | |
| « Previous Topic · Pengumuman · Next Topic » |
| Theme: Zeta Original | Track Topic · E-mail Topic |
6:50 AM Dec 2
|
Skin created by Valleri. Find more great skins at the ZB Theme Zone.






6:50 AM Dec 2