Welcome Guest [Log In] [Register]
We hope you enjoy your visit.


Selamat datang ke forum Kakimotodotcom atau lebih dikenali sebagai KMDC.You're currently viewing our forum as a guest. This means you are limited to certain areas of the board and there are some features you can't use. If you join our community, you'll be able to access member-only sections, and use many member-only features such as customizing your profile, sending personal messages, and voting in polls. Registration is simple, fast, and completely free.Daftarkan diri anda sekarang untuk mudah menikmati kemudahan kemudahan yang disediakan untuk ahli.


Join our community!


If you're already a member please log in to your account to access all of our features:

Username:   Password:
Add Reply
  • Pages:
  • 1
Pertindihan bidang Kuasa JPJ dan Trafik; Ada persamaan dan perbezaan
Topic Started: Apr 8 2008, 09:05 PM (1,554 Views)
thrasher115
Member Avatar
Administrator
Admin
Ada yang mengatakan kalau saman trafik tidak semahal saman JPJ,bila disaman JPJ lebih menyusahkan dari saman trafik oleh kerana tiada rayuan dan banyak lagi ang kita dengar tentang antara Polis Trafik dan JPJ yang bukan sahaja melibatkan saman tetapi beberapa perkara contohnya ada yang mengatakan modifikasi paip exos trafic tidak mengeluarkan saman,tetapi jpj mengeuarkan saman,dan juga beberapa perkara lain yang dikatakan bertindih dan berlawanan

mungkin siapa-siapa yang bertugas dalam bidang penguatkuasaan atau mengetahui keadaan sebenar dapat berkongsi tentang pendapat ini..

:hhh
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
sasuka
Member Avatar
Soul Rider
Moderator
Bro Thrasher saya masih kabur tentang pertindihan Kuasa antara Polis Trafik dengan JPJ,
Mengenai Saman Polis Trafik Murah & JPJ Mahal semua ini bergantung kepada jenis kesalahan lalulintas & juga kesalahan di bawah akta pengangkutan Jalan Raya.
Mengenai mengubahsuai ekzos motorsikal, Polis Trafik x saman rasanya mereka boleh saman tapi kerana budi bicara kita serah kepada JPJ kerana mereka ada peralatan untuk mengukur tahap pengubahsuaian ekzos dari segi kadar pencemaran asap dan bunyi.

Mana-mana jalanraya dalam malaysia ini yang telah di wartakan oleh Jabatan Kerja Raya, Pihak Polis Trafik & JPJ boleh mengambil tindakan dalam menguatkuasakan undang2 lalulintas & Jalanraya.Kecuali Jalan2 kampung yang belum diwartakan oleh JKR jika berlaku kemalangan adalah di anggap kesalahan Jenayah oleh Pihak Polis. :TR
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
bonsai05
Member Avatar

Founding Members
sasuka
Apr 10 2008, 06:54 PM
Bro Thrasher saya masih kabur tentang pertindihan Kuasa antara Polis Trafik dengan JPJ,
Mengenai Saman Polis Trafik Murah & JPJ Mahal semua ini bergantung kepada jenis kesalahan lalulintas & juga kesalahan di bawah akta pengangkutan Jalan Raya.
Mengenai mengubahsuai ekzos motorsikal, Polis Trafik x saman rasanya mereka boleh saman tapi kerana budi bicara kita serah kepada JPJ kerana mereka ada peralatan untuk mengukur tahap pengubahsuaian ekzos dari segi kadar pencemaran asap dan bunyi.

Mana-mana jalanraya dalam malaysia ini yang telah di wartakan oleh Jabatan Kerja Raya, Pihak Polis Trafik & JPJ boleh mengambil tindakan dalam menguatkuasakan undang2 lalulintas & Jalanraya.Kecuali Jalan2 kampung yang belum diwartakan oleh JKR jika berlaku kemalangan adalah di anggap kesalahan Jenayah oleh Pihak Polis. :TR

tangah....

lain department lain la periuk nya..hehehehe..so lain la mazhabnya
Posted ImagePosted ImagePosted Image
asia adventure lodge backpackers 088-254775 / call for enquiry: 0138929995 / 0168819527 sheila
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
sasuka
Member Avatar
Soul Rider
Moderator
ricky Bon betul bilang mu tu...mcm nie la senang aku nak bagi terang sikit pasal saman murah dan juga pasal saman mahal nie.. ricky

Saman yang boleh dikompaun
-Biasanya ini saman yang korang kategorikan sebagai saman murah pasal boleh minta diskaun harga sikit :) .Saman yang biasa digunakan oleh polis trafik atau mpv yang berkaitan dengan kesalahan trafik di bawah Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan [PERATURAN LALULINTAS 1959 [L.N. 166/59]
-JPJ jarang2 nak bagi saman yang boleh di kompaun nie ricky

Saman yang tidak boleh di kompaun
-Ini baru saman mahal namanya yang di kategorikan oleh masyarakat pengguna jalanraya di malaysia,paling digeruni dan di takuti kerana dapat saman je terus naik mahkamah denda bayaran pun akan di putuskan oleh majistret.Saman nie paling murah pun 1k ke atas.

-Pegawai Penyiasat Trafik & Penolong Pegawai Penyiasat Trafik pun guna saman ini biasanya berkaitan dengan kemalangan jalanraya dan apa-apa yang berkaitan dalam siasatan mereka.

-JPJ yang suka bagi saman mcm nie hehehe dorang ikut
AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987.
Dalam akta nie aku boleh bagi pecahan de sikit2:-

Bahagian 1
PERMULAAN
Seksyen
1.Tajuk ringkas,Pemakaian & mula Berkuatkuasa
2.tafsiran
3.perlantikan
4.Kuasa-kuasa Dato Bandar & warden lalulintas

Bahagian II
PENGELASAN,PENDAFTARAN DAN PELESENAN KENDERAAN-KENDERAAN
MOTOR DAN PEMANDU-PEMANDU
5.Pengelasan kenderaan-kenderaan bermotor.
6.Larangan bagi kenderaan-kenderaan motor yang tidak mematuhi
kaedah-kaedah

Pendaftaran Kenderaan-Kenderaan Motor
7.Pendaftaran kenderaan-kenderaan motor & pemunya-pemunya.
8.Penyimpanan Rekod
9.penyimpanan akaun-akaun oleh pengarah.
10.Permohonan untuk pendaftaran.
11.Nombor-nombor pendaftaran
11A.Seseorang boleh mencadangkan nombor pendaftaran sendiri.
12.Pemeriksaan kenderaan-kenderaan motor dan pemberian
maklumat kepada ketua pengarah
13.Prosedur mengenai pertukaran milikan kenderaan-kenderaan
motor.
14.Memperagakan nombor pendaftaran.

Pelesenan Kenderaan-Kenderaan Motor.
15.Lesen-lesen kenderaan motor.
16.Kehendak-kehendak bagi permohonan.
17.Pengarah boleh enggan mengeluarkan lesen-lesen kenderaan
motor dalam hal-hal tertentu
18.Efek mengubah kenderaan ke atas lesen.
19.Penyerahan balik lesen kenderaan motor.
20.Memperagakan lesen kenderaan motor.
21.Lesen pelawat.
22.Lesen perdagangan kenderaan motor.
23.Kesalahan-kesalahan lain berkaitan dengan pendaftaran dan
pelesenan kenderaan-kenderaan motor.

Pelbagai
24.Mendapat kembali Fee
25.Perakuan-perakuan antarabangsa

Pelesenan Pemandu-Pemandu Motor
26.Lesen-lesen memandu
27.Permohonan bagi lesen memandu
28.Pengiktirafan lesen-lesen memandu negara lain
29.Ujian kekompetenan memandu
30.Peruntukan-peruntukan bagi kesihatan jasmani pemohon-
pemohon bagi lesen memandu dan pemegang-pemegangnya
31.Hilang kelayakan kerana kesalahan-kesalahan.
32.Penggantungan lesen memandu apabila hilang kelayakan.
33.Permohonan untuk menghapuskan kelayakan.
34.Pengendorsan pada lesen memandu
35.Kuasa ketua pengarah menggantung atau membatalkan lesen
memandu.
35A.Kuasa ketua pengarah untuk membatalkan lesen memandu
percubaan
36.Kuasa untuk menggantung lesen memandu penagih dadah
37.Pemegang lesen boleh menunjukan sebab-sebab mengapa lesen
memandu tidak patut digantung atau dibatalkan.
38.Penyerahan balik dan pengembalian lesen memandu

Memandu dan Kesalahan-Kesalahan yang Berkaitan Dengannya

39.Sekatan ke atas pemanduan oleh orang muda
40.melebihi had laju.
41.Menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau
membahayakan.
42.Memandu secara melulu atau membahayakan.
43.Memandu dengan tidak cermat dan tidak Bertimbang rasa.
44.Memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang
memabukkan atau dadah
45.Keadaan menjaga kenderaan motor semasa berada di bawah
pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah.
45A. Memandu atau menjaga kenderaan motor dengan kepekatan
alkohol melebihi had yang ditetapkan.
45B.Ujian pernafasan
45c.Pengadaan spesimen bagi analisis.
45D.Perlindungan pesakit hospital
45E.Penahanan
45F.Keterangan dalam prosiding bagi kesalahan di bawah seksyen 44
atau 45 melibatkan minuman yang memabukkan dan seksyen
45A.
45G.Tafsiran seksyen 45B hingga 45F
46.Memandu semasa menghidap penyakit atau ketakdayaan.
47.Menunggang di atas injak-injak dan menghalang pemandu.
48.Galangan disebabkan kenderaan di jalan.
49.Menunggang di belakang pemandu.
50.Gangguan dan desak-desakan yang menyalahi undang-undang.
51.Mengambil kenderaan motor tanpa izin pemunya berdaftar
52.Kewajipan berhenti jika berlaku kemalangan.
53.Kuasa memerintahkan kehadiran di mahkamah.
54.Pemakaian kepada penunggang-penunggang basikal kayuh akan
peruntukan-peruntukan berhubungan dengan kesalahan-
kesalahan memandu yang tertentu.
55.Kewajipan memberhentikan kenderaan apabila diminta.

Pelesenan Pemandu-Pemandu dan Konduktor-Konduktor
Kenderaan perkhidmatan Awam,kenderaan Pekerja dan Kenderaan
Barangan
56.Lesen vokasional
57.Lesen vokasional bagi kenderaan barangan dan kenderaan
pekerja.
Pelbagai
58.Kewajipan mengemukan lesen memandu dan perakuan insuran
59.Kuasa menguji dan melarang penggunaan kenderaan-kenderaan
60.Kuasa menahan Kenderaan-Kenderaan untuk pemeriksaan.
61.kuasa memerintahkan pengemukaan kenderaan motor dan lesen
62.Kuasa memasuki dan mengeledah premis.
63.Penimbangan kenderaan-kenderaan.
64.kuasa menyita kenderaan motor
65.Memindahkan kenderaan yang rosak dan yang di tinggalkan.
66. kaedah-kaedah

BAHAGIAN IIA
PEMERIKSAAN BERKALA KENDERAAN MOTOR
66A.Perakuan pemeriksaan dikehendaki bagi kenderaan motor
tertentu.
66B.Kenderaan yang dikehendaki menjalani pemeriksaan berkala
66c.Pengeluaran dan penolakan perakuan pemeriksaan
66D.Pempameran perakuan pemeriksaan.
66E.Hanya orang yang di lesenkan boleh memeriksa.
66F.Pengambilan kerja pemeriksa-pemeriksa.
66G.Kaedah-kaedah.

BAHAGIAN III
JALAN-JALAN
67.Tafsiran.
68.Kod lebuh raya
69.Had laju
70.Kuasa menyekat Penggunaan Kenderaan-kenderaan pada jalan-
jalan tertentu.
71.Kuasa untuk menghadkan kenderaan
72.Mengadakan tempat letak kereta dan tempat perhentian.
73.Perizaban tempat letak kereta bagi perutusan Diplomatik
74.Tempat letak kereta bagi orang tak upaya
75.Lintasan pejalan kaki.
76.Kewajipan pejalan-pejalan kaki mematuhi arahan-arahan
lalulintas.
77.Mendirikan isyarat-isyarat lalulintas
78.Kuasa mengadakan sekatan jalan
79.Penalti kerana mengabaikan arahan-arahan dan isyarat-isyarat
lalulintas
80.Tali dsb melintangi jalan.
81.Sekatan ke atas pertandingan dan dugaan kelajuan
82.Perlucutkan kenderaan-kenderaan yang di gunakan dalam
pertandingan atau dugaan kelajuan
83.Kuasa mendirikan perlindungan,jalan bawah tanah dan titian
84.Kuasa mengalihkan stuktur daripada jalan-jalan.
85.Pembinaan akses dan parit dan penyusunan pemasangan utiliti
awam ke jalan-jalan yang ada.
85A.Pembinaan stuktur bagi iklan,dsb.
86.Sekatan bagi kenderaan-kenderaan di atas jambatan
87.Peruntukan-peruntukan mengenai lalulintas luar biasa.
88.kaedah-kaedah.

BAHAGIAN IV
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TERHADAP RISIKO-RISIKO PIHAK KETIGA
YANG TIMBUL DARIPADA PENGGUNAAN KENDERAAN-KENDERAAN
MOTOR.

89.Tafsiran
90.Pembawa-pembawa kenderaan motor hendaklah diinsurankan
terhada risiko pihak ketiga.
91.Kehendak-kehendak berkenaan dengan polisi.
92.Pemberian penyata dan maklumat oleh penanggung insuran.
93.Kehendak-kehendak berkenaan dengan jaminan.
94.Syarat-syarat tertentu dalam polisi atau jaminan tidak mempunyai
apa-apa kuatkuasa.
95.Pengelakan penghadan ke atas bidang polisi-polisi risiko pihak
ketiga.
96.Kewajipan penanggung insuran untuk menunaikan hukuman
terhadap orang-orang yang mengambil insuran berkenaan dengan
risiko pihak ketiga.
97.Hak-hak pihak ketiga terhadap penanggung insuran.
98.Kewajipan untuk memberi maklumat yang perlu kepada pihak
ketiga.
99.Penyelesaian di antara penanggung-penanggung insuran dan
orang-orang yang mengambil insuran.
100.Kebankrapan dsb.,tidak menjejaskan tuntutan pihak ketiga.
101.Hak-hak lanjut pihak-pihak ketiga terhadap penanggung insurans
102.Penyerahan balik perakuan disebabkan pembatalan polisi.
103.Pengemukaan perakuan.
104.Penanggung insurans hendaklah diberitahu mengenai apap-apa
kejadian
105.Deposit.
106.Pemakaian Bahagian ini kepada jaminan
107.Kaedah-kaedah

BAHAGIAN V
KESALAHAN-KESALAHAN DAN PELBAGAI PERUNTUKAN
108.Pernyataan palsu.
109.Liabiliti pemunya berdaftar dan lain-lain.
110.Penalti kerana galangan dan gangguan.
111.Bersubahat melakukan Kesalahan.
112.Kuasa-kuasa bagi penangkapan,pemberhentian dan penahanan.
113.Kuasa polis dalam penyiasatan.
114.Kuasa pegawai pengangkutan jalan dalam penyiasatan.
115.Kewajipan memberi maklumat dan penggunaan pernyataan
sebagai keterangan.
116.Siapa boleh mendakwa.
117.Peruntukan-peruntukan mengenai penerangan
117A. Keterangan dan rekod sabitan dahulu
118.Penyampaian dan tandatangan notis.
119.Kesalahan-kesalahan am penalti
119A.Kesalahan dilakukan oleh pertubuhan perbadanan.
120.Kuasa-kuasa untuk mengompaun.
121.Akuan bersalah melalui surat dan kompaun tidak menjejaskan
peruntukan-peruntukan polisi insurans.
122.Ketua Pengarah hendaklah diberitahu mengenai sabitan dan
kompaun.
123.Pegawai-pegawai tidak berpakaian seragam hendaklah
mengemukakan kad-kad pengenalan.
124.Pembayaran Fee-fee lesen
124A.Perisytiharan badan awam
125.Menteri boleh memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk
menjalankan fungsi-fungsi pengarah.
126.Kuasa menteri untuk memberi kuasa atau memberikan lesen.
126A.Pembatalan
127.Kaedah-kaedah.
128.Pemansuhan,peralihan dan kecualian
129.Kuasa menteri untuk membuat peruntukan peralihan
tambahan.dsb.

sikit je yang aku dapat ringkaskan nie,kalau nak bagi detail2 sila2 kan,mana yang tersilap tu tolong2 la perbetulkan :GF
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
hammer69
Member Avatar

Founding Members
Uih!!! Panjang nyer 'ringkasan' ricky Good info!!
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
sasuka
Member Avatar
Soul Rider
Moderator
Hee ....Hammmer memang ringkas suda tu...yang nombor2 sebelah kiri tu seksyen dia,pastu ada tajuk2 dia lagi....mana yang x faham bleh kasih detail ikut seksyen dan perkara disebelah seksyen tu.Dalam tu semua ada perkara yang di detailkan lagi tapi dalam laras bahasa undang-undang.Tapi tiada hal juga tu kalau di bagi alih bahasa ke laras bahasa formal hehehe....senang sikit juga mahu kita faham tu. :kh

Ini pula berkaitan tugas-tugas yang menjurus kepada hal-hal yang berkaitan trafik,undang-undang berikut digunakan oleh PDRM dan dilaksanakan di bawah pentadbiran cawangan Trafik iaitu:-

I) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (induk)
II) Peraturan-peraturan Pengangkutan Jalan (subsidiari kepada Akta
Pengangkutan Jalan 1987-lebih daripada 45 peratusan)
III)Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan
IV) Akta Polis 1967
V) Kanun Keseksaan

deal deal
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
TheJaCKaL
Member Avatar
West Coast Riders

Leceh betul lah bende2 ni semua, ikut saja la peraturan,abis cerita...kalau kena saman jugak,taktau lah nak kata apa...aku laju pun kat korner aje,jalan lurus slow....hehehe tayar tengah mahal lah...hehehe.. :kh
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
thrasher115
Member Avatar
Administrator
Admin
Perghh panjangnya bro hehe..anyway good info bro..
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
sasuka
Member Avatar
Soul Rider
Moderator
thrasher115
Apr 22 2008, 04:48 PM
Perghh panjangnya bro hehe..anyway good info bro..

ricky hee...thanks bro,harap2 dapat membantu sikit2 :GF
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Sjn K
Member Avatar
Underbone Rider
[ * ]
t
tq bro sasuka... apa barang ringkasan mau 5 muka surat....
mcm ni lah... senang cerita, kita jgn lakukan apa apa kesalahan secara sengaja, klu x sengaja tu apa bolewh buatla kan contohnya sdg kita ride mentol belakang atau signal kita burn....apa boleh buat kannn :kh
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
sasuka
Member Avatar
Soul Rider
Moderator
sasuka
May 2 2008, 10:37 PM
thrasher115,Apr 22 2008
04:48 PM
Perghh panjangnya bro hehe..anyway good info bro..

ricky hee...thanks bro,harap2 dapat membantu sikit2 :GF
ricky bro sjn k .... ringkasan sampai 5 muka surat di forum ini sebagai panduan & pengetahuan saja daripada buku law tebal yang diguna pakai untuk penguatkuasaannya di jalanraya saja deal
Benda jgn melakukan kesalahan dengan sengaja rasanya terlalu umum(kabur-kabur).... Kalau time ride mentol burn itu masalah teknikal ikikik...tp kalau da mentol burn berbulan2 x di selenggara mcm mana ek? mesti jawapan de (Belum gaji lagi nak ganti) hee..

Apa2 pun aku setuju juga la dgn pendapat sjn k hee... :GF

p/s
Kalau kedapatan salah...salah la, Kalau x kedapatan .. x salah la tu..
:YU
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
geronggang
Member Avatar


jadi bagaimana dengan cadangan 60km/j tu??? bila kuatkuasa? atau masih dalam proses kajian dan selidik?
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
sasuka
Member Avatar
Soul Rider
Moderator
Itu baru cadangan JKJR (Jabatan Keselamatan JalanRaya) untuk mengurangkan had kelajuan kepada 60 Km/j bagi mengurangkan kadar risiko kemalangan di jalanraya. Bukan syarat wajib pun.. baru nasihat JKJR kepada penunggang motorsikal bawah 250 cc ja ba tu.. pasal angka kemalangan dan kematian maut motorsikal bawah 250 cc yang pegang rekod juga tu ... ricky

p/s
hee...had kelajuan sekarang pun ada org nda ikut, mau lagi di hadkan kepada 60 km/j ... macam kartun ba ricky
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
geronggang
Member Avatar


sebenarnya faktor kemalangan/kecelakaan ada banyak, apa lah salahnya senaraikan dulu dalam mana2 flyers, papers, journals, or mana2 lah pastu buat kajian terperinci faktor mana menyumbang paling banyak permasalahan kemalangan/kecelakaan. bukan mutot saja bai walaupon mutot byk yg tlibat bai...
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
Virus
Member Avatar
Easy Rider
[ *  * ]
Good info & good job bro...

munu
Posted Image
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
1 user reading this topic (1 Guest and 0 Anonymous)
Go to Next Page
« Previous Topic · Law and Enforcement · Next Topic »
Add Reply
  • Pages:
  • 1
Skin by Fission

KMDC Dinner night 2008.Borneo Bikers United,.