| Welcome to the KMDC Bikers Forum!An Online Coummunity For The Borneo Motorcycle Enthusiast. You are currently viewing our boards as a guest which gives you limited access to view most discussions, articles and access our other FREE features. By joining our free community you will have access to post topics, private message other members (PM), respond to polls, upload your own photos,and access many other special features. Registration is fast, simple and absolutely free so please, join our community today! Join our community! If you're already a member please log in to your account to access all of our features: |
- Pages:
- 1
- 2
| Selamatkan Palestine, selamatkan bumi tuhan..; bagi yang mengenal erti kedamaian .... | |
|---|---|
| Topic Started: Jan 9 2009, 11:55 PM (353 Views) | |
| cikgu_ameiruel | Jan 9 2009, 11:55 PM Post #1 |
![]()
|
buat bro2 dan sis2 semua... Peperangan yang berlaku di negara Palestine (yang diserang tentera rejim Zionis Israel) adalah perkara yang tidak berperikemanusiaan dan tidak beretika. Ramai manusia dan saudara2 kita terkorban, ribuan hilang tempat berteduh, kelaparan dan hilang upaya akibat kecederaan yang tidak terperi. Yang amat menyedihkan, kanak-kanak menjadi mangsa kekejaman tentera Israel, ada yang terkorban, cedera dan terlalu ramai yang menjadi yatim piatu tanpa kerelaan.. Jauh sungguh perbezaan dengan kita, kita hidup aman damai, walaupun perbezaan pendapat memang berlaku, tapi tidaklah sampai pembunuhan beramai-ramai dan berlaku kejam. Dalam komuniti kita ini sudah terbukti keakraban atau 'brotherhood' yang terbina, walau berbilang bangsa, berbeza agama, budaya mahupun bangsa, kita masih ada rasa hormat terhadap nilai kemanusiaan dan erti sebenar nyawa dan kehidupan... Bro2 dan Sis2 yang aku sayangi, Negara Israel mendapat sokongan Barat, dan donation dari syarikat2 yang menyokong mereka untuk pembelian senjata2 api hebat mereka dan berteknologi tinggi (israel tiada sumber ekonomi semulajadi dan bergantung sepnuhnya kepada perniagaan dan manipulasi kewangan). Jadi, apa yang kita boleh lakukan dalm mengutuk serangan mereka, dan mengurangkan kekejaman mereka terhadap rakyat Palestine terutamanya kanak-kanak yang tidak berdosa, ialah memulaukan pembelian produk-produk yang menyumbang dana utk pembelian senjata oleh tentera Israel.. sebelum saya senaraikan nama produk2 tersebut, saya perlukan kebenaran moderator terlebih dahulu... dan saya bersedia utk emailkan kpd bro2 secara peribadi, just give me ur email address.. cuba renungkan, jika kita yang dilahirkan disana, dan anak2 kita yang terlibat sama... darah mereka yang berada di tangan kita.... selain cadangan tersebut, kita boleh juga membantu dgn menyumbang wang, mengadakan ride amal dan mendoakan yang terbaik utk mereka, tidak kira apa bangsa dan agama, kita semua cintakan kedamaian... let's play our role, as a human, and brothers.... |
![]() |
|
| cikgu_ameiruel | Jan 10 2009, 12:25 AM Post #2 |
![]()
|
nobody respond??? |
![]() |
|
| nasuki666 | Jan 10 2009, 01:07 AM Post #3 |
![]()
Shadow Rider
![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
|
Nak hulur ngan sapa bro? ride amal??? camne tu.. hehe.. adik tumpang bertanya |
![]() |
|
| zackjrmusa | Jan 10 2009, 03:06 AM Post #4 |
![]() ![]()
|
Sedekahkn Al-Fatihah & bckn Surah Ababil (7x), Sifu tlg 4ward d list: zackjrmusa@yahoo.com
|
![]() |
|
| cikgu_ameiruel | Jan 10 2009, 07:11 PM Post #5 |
![]()
|
itu kita tgh usahakan, perbincangan ttg tabung palestine tu ada, nak tentukan saluran je skrg.. kat mana kita nak menyumbang.. |
![]() |
|
| johnkslee | Jan 10 2009, 09:16 PM Post #6 |
|
Kinabalu Riders
![]()
|
didn't see Bro... anyway, please forward the list to me at john_leekongsan@yahoo.com.... p/s... please remember to BUMP if this thread is not at the top post. |
![]() |
|
| lynnvenus | Jan 10 2009, 10:46 PM Post #7 |
|
Angel Ryderz
![]()
|
Palestin tidak memerlukan bantuan kewangan sekarang ni. apa yang mereka lebih memerlukan adalah bekalan senjata & perubatan serta doa-doa kawan2 semua. sedekahkan al-fatihah serta Surah Ababil (7X), serta bersolat hajat & berdoa laa ramai2 untuk kesejahteraan saudara-saudara kita di Palestin serta mengutuk perbuatan tentera Israel serta sekutunya. |
![]() |
|
| lynnvenus | Jan 10 2009, 10:47 PM Post #8 |
|
Angel Ryderz
![]()
|
semalam tido awal bro ps : sy dah ada senarai produk & lain2 emel berkenaan isu di Palestin ni dan dah forward kat sebahagian bro & sis dlm KMDC ni serta dlm YM. |
![]() |
|
| cikgu_ameiruel | Jan 10 2009, 11:16 PM Post #9 |
![]()
|
tq bro zack, johnslee and lynn... yeah, talked to my fren who works for tv3, there's no necessity for financial aid right now, but who knows they might need help if this war keep on going.. for now, our prayers and objection are far more needed... it was really heart breaking as i just look at some pictures of Palestinian children sent by my fren who works as photographer and stationed in Iran right now... some of them keep on crying, not because of the pain, but because of they keep on thinking about their other siblings, brothers and sisters as they don't have any idea how long they could be together... |
![]() |
|
| lynnvenus | Jan 10 2009, 11:20 PM Post #10 |
|
Angel Ryderz
![]()
|
lihatlah gambar-gambar penyeksaan di Palestin ini. di mana hati perut mereka? perikemanusiaan mereka? tak punya perasaankah mereka ini? ![]() ![]() ![]() ![]() kanak-kanak tidak berdosa terus menjadi mangsa bedilan. ![]() astaghfirullah...menitik airmata setitis demi setitis pabila melihat gambar2 ini setiap hari dlm emel aku, amat menyayat hati.... masa kami duduk berkumpul adik-beradik dan berbincang mengenai isu di palestin, kami adik-beradik terus masing-masing menangis tersedu & diam seketika berdoa sama2. |
![]() |
|
| cikgu_ameiruel | Jan 10 2009, 11:33 PM Post #11 |
![]()
|
aduh lynn... gua ni mmg rocker dari dulu, biker tegar... tp.. hati ini terlalu daif kalo nak katakan yg gua ni tak sayu melihat kanak2 yg tak berdosa ni... terlalu sedih dgn kekejaman manusia semata2 berebut tanah dan kuasa. sekarang pun gua duk peluk anak gua, Ariesya Adani kuat2, menitik airmata gua... harap2 Allah pelihara anak2 kita dari kekejaman sebegini... |
![]() |
|
| lynnvenus | Jan 10 2009, 11:46 PM Post #12 |
|
Angel Ryderz
![]()
|
sifu, perasaan sebegini mmg normal kalau kita benar2 manusia yg berhati perut & punya perasaan, walau berjiwa tegar, hati kering, tapi jika kita masih mempunyai pertimbangan & kasih-sayang, hati mana tidak tersentuh & terkedu seketika, hanya ego yang tidak mahu mengakui. |
![]() |
|
| rick13 | Jan 11 2009, 12:12 AM Post #13 |
|
Kapcai Rider
![]()
|
war sucks...
|
![]() |
|
| lynnvenus | Jan 11 2009, 12:12 AM Post #14 |
|
Angel Ryderz
![]()
|
Salam semua, Kawan-kawan sekalian, aku bukan nak mainkan isu keagamaan maupun politik di sini. Namun sebagai manusia sejagat & yang mencintai keamanan sejagat, sedarilah meraka ini telah melampaui batas-batas kemanusiaan. Bagaimanakah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia? Pejamkan mata Anda buat seketika serta bukakan hati sudah tentu kalau boleh Anda ingin menjadi seseorang yang akan bangun dan membela nasibnya. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Buat sahabatku yang beragama Islam, kita mempunyai cara kita dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah sama-sama mendoakan kesejahteraan buat mereka serta memohon bantuan daripada Allah... "Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Palistina, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..."> > (Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah) Surah al fil: "A'lam tara kayfa fa'ala rabbuka bi as-hab al-fil "A'lam ya'jal kaydahum fi tadlil Wa arsala alayhim tayran ababil "Tarmihim bi hijaratin min sijjil Fa ja'ala hum ka asfin ma'kul" Lipat gandakan doa ini. Kirim kepada 7 orang rakan anda yang lain.. Maka 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 X 7 = 823453 orang akan berbuat berdoa, kemudian 823453 X 7 = 5.8 juta orang...InsyaAllah akan ikut berdoa... dan bagi bro & sis yang bukan beragama Islam, mungkin mereka ada cara mereka tersendiri untuk sama-sama membantu rakyat di Palestin. Sama-samalah kita doakan demi kesejahteraan mereka serta penduduk dunia sejagat! Kami Mencintai Keamanan!! |
![]() |
|
| ollie | Jan 11 2009, 01:15 AM Post #15 |
|
Rider of the lost world
![]()
|
PEACE ON EARTH....HATE WAR... |
![]() |
|
| 1 user reading this topic (1 Guest and 0 Anonymous) | |
| Go to Next Page | |
| « Previous Topic · General Discussions · Next Topic » |
- Pages:
- 1
- 2
| Theme: Zeta Original | Track Topic · E-mail Topic |
12:15 AM Mar 23
|










![]](http://209.85.122.83/static/1/pip_r.png)

Sedekahkn Al-Fatihah & bckn Surah Ababil (7x), Sifu tlg 4ward d list: zackjrmusa@yahoo.com 











12:15 AM Mar 23