Welcome Guest [Log In] [Register]
Welcome to the KMDC Bikers Forum!An Online Coummunity For The Borneo Motorcycle Enthusiast.

You are currently viewing our boards as a guest which gives you limited access to view most discussions, articles and access our other FREE features. By joining our free community you will have access to post topics, private message other members (PM), respond to polls, upload your own photos,and access many other special features. Registration is fast, simple and absolutely free so please, join our community today!

Join our community!

If you're already a member please log in to your account to access all of our features:

Username:   Password:
Add Reply
Sebuah drama TV yang bangang; menyesatkan imej bikers
Topic Started: May 3 2009, 11:55 AM (176 Views)
thrasher115
Administrator

Sebenarnya aku tak menonton sangat Rancangan ni,yalah dengar tajuk pun aku tak berselera dan tak minat.Cuma dah beberapa kali atau dengan ringkasnya dua kali aku tak tersengaja melihat rancangan ni pada Jam 9.00 malam hari isnin..itupun sebab depan meja makan ,bila bukak tV rancangan ni je yang ada boleh ditonton huhu

dan dalam 2 kali jugak hati kecilku menyumpah seranah cerita nu yang sebenarnya dalam beberapa aspek memang aku meluat,melatah dan pelbagai lagi penambah perkataan me yang boleh aku keluarkan..

dalam satu episodnya adalah watak mat poyo dalam cerita ini yang memang cun jugak dengan mamat mamat cager yang bersesuaian dengan wataknya..yang dahulu melakoinkan watak jiwang dalam sebuah drama yang diadaptasi dari filem cinta tahun 1990an di mana dalam movie itu hero menggunakan Motorsikal stock bike berkuasa tinggi( chewah berselindung selindung pulak bagi clue : macam majalah hiburan hehe)

jadi dalam cerita ini,jam 9.00 hari isnin,stesen Televisyen swasta pertama malaysia..watak tu berkatalah pada seorang gadis resepsenis..

"Kalau kau dengan si Leman(bukan nama sebenar) tu barulah padan.Macam aku padan dengan si Zainab(bukan nama sebenar).leman tu kan mat rempit sesuailah buat kau."

dalam masa yang sama mata liarku membaca terjemahan di bawah nya

"You suitable with leman(not his real name),both of you,re match,whike i match with Zainab(not her real name-.leman is a BIKERS,suitable for you"

dalam satu watak lagi di trek perlumban,seorang coach memarahi seorang lelaki yang training di coach tetapi perangainya macam lumba haram.lelaki tu sememangnya seorang mat rempit yang try dilatih untuk berlumba di jalan yang lurus dan betul heheh..dalam memarahi dan bertengkar itu,coach pun mengeluarkanm satu frasa,

" kalau dah mat rempit,mat rempoit jugaklah"

dan sarikata english kat bawahnya berbunyi

"Bikers always be bikers"

hmm..kalian yang bisa memahami bahasa malaysia,melayu dan English seharusnya faham apa yang saya maksudkan,penterjemah ni satu jugak apalah..apa ini Mat rempit tu bila translate ke english = Bikers kah...spatula dan penunu bunsen serta tayar dunlop tiruan betul huhu...

dahlah image bikers ni tercemar ,tercalar seperti menconteng marker di full face,mayrakat yang bukan bikers sentiasa memandan serong 45 darjah dan memandan sebelah mata seperti pirate of carribean terhadap bikers..

dengan media ni apa lagi,satu penjenamaan baru akan berlaku lagi dan transformasi susah nak dielakkan.Macam mana kita nak membentuk satu bikers macam ni(bunyi macam ceramah politik pulak huhu)

anyway aku memang kondem betullah cerita ni.kalau boleh buat petisyen agar terjemahan diperbetulkan aghhh(nak jadi hulk nih ) hehe
Offline Profile Quote Post Goto Top
 
1 user reading this topic (1 Guest and 0 Anonymous)
« Previous Topic · Bincang-bincang Dunia Motosikal · Next Topic »
Add Reply

Skin by Fission
Theme created by tiptopolive. Find more great themes and skins at the ZB Theme Zone.